Penghayatan Etika dan Peradaban

 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

-Matlamat Perpaduan yang Diidamkan

    Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan tenteram tanpa menggugat keamanan. Tanpa keamanan, rakyat tidak akan hidup selesa dan negara akan bergolak setiap masa. Hal ini boleh dilihat di negara-negara bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar.

    Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa dan kebuluran serta kemiskinan tidak terpisah daripada kehidupan. Betapa pentingnya perpaduan atau perlu dibina dan dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara. Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etinik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) menyatakan, Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat, secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian.

    Detik perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagan dan sebagainya.

    Sukan bola sepak adalah antara satu daripada saat dan detik perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing. Mereka menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat pasukan mereka terdiri daripada kaum atau bangsa berlainan. Budaya ini harus diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan  utuh ribuan penyokong Harimau Malaya tetap "mengaum" di Stadium Nasional.

    Seterusnya, majlis perkahwinan sering kita hadiri sama ada saudara mara atau kenalan yang diadakan di taman-taman perumahan selain diadakan di dewan besar. Jika majlis diadakan di dewan besar, ianya tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat memnadangkan terdapat ruang yang khas berserta tempat letak kereta yang cukup. Selain itu, jika anda sakit, sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan mendpatkan ubat. Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital akan menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam menapatkan rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi.

    Begitu juga, dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor, jururawat, pembantu hospital, dan semua kakitangan hospital akan memastikan pesakit yang datang akan diberikan rawatan. Di Malaysia juga terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya nasi lemak, teh tarik, roti canai dan sebagainya. Semua jenis makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira rupa dan wrna kulit. Hal ini amat baik untuk penyatuan semua bangsa di malaysia kerana perbezaan yang pelbagai ini dimanfaatkan untuk penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia tanpa melihat ianya sebagai batasan atau halangan.

Detik Perbezaan 

    Apakah perkara yang membezakan antara anda dengan orang di sekeliling anda ? Adakah perbezaan perbezaan ini menyukarkan kehidupan anda setiap hari ? Kita tidak boleh lari daripada perbezaan khasnya berkaitan dengan dan budaya bangsa Malaysia. Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek positif untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum.

    Sebagai contoh, pengebumian kaitan dengan anutan seseorang. Walaupun dimanapun, agama tidak menghalang untuk seseorang penganut bersedih dan menghormati atas kehilangan salah seorang ahli keluarga yang berlainan bangsa dan agama. Ziarah meniarai juga digalakkan sebagai memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang kematian orang yang disayangi. Lebih bermakna lagi apabila bantuan dihulurkan kepada waris yang kehilangan tempat bergantung dan dapat membantu mereka yang memerlukan.

    Selain itu, telah timbul isu berkenaan tempat kerja yang memilih bangsa-bangsa tertentu dan syarat-syarat tertentu. Hal ini sudah tentu merupakan sesuatu yang akan menggugat perpaduan bangsa jika tidak ditangani dengan baik. Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa atau kaum.

    Seterusnya, apabila berlaku jenayah sesuatu jenayah, pastinya kita akan melihat apakh jenis jenayah yang diakukan. Apabila telah pasti sesuatu jenayah tersebut, maka akan terlintas dalam minda siapa yang terlibat dalam jenayah tidak ada kaitan dengan sesuatu bangsa. Di samping itu, detik perbezaan dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatannya kerana sambutan perayaan selalunya mempunyai kaitan dan kebudayaan dan agama setiap agama yang pelbagai. Namin hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya da agama mempunyai ciri-ciri tertentu.

-Tahap Kesepaduan Yang Dicapai

    Aspek dan teras kepada kekuatan dan ketahanan negara. Bila kita sebut perpaduan sebagai aspek dasar, ia membawa makna perpaduan menjadi salah satu dasar yang tidak boleh dipisahkan daripada kerangka dasar besar negara.

    Sepanjang Malaysia mencapai kemerdekaan, hanya masalah konflik perkauman yang ditonjolkan dalam hubungan etnik di negara ini. Oleh itu, konsep kesepaduan sosial perlu dinyatakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku ini. Hubungan etnik bukan sahaja dipengaruhi unsur etnik semata-mata malah unsur-unsur sosial yang lain. Mementingkan kesatuan dan kepaduan hubungan dalam kalangan pelbagai etnik di negara ini sehingga wujudnya keharmonian dan keamanan. Interaksi dan hubungan dalam kehidupan seharian masyarakat dalam proses perhubungan sosial yang berterusan.

Menurut kamus dewan bahasa etos bermaksud sifat ciri sesuatu bangsa budaya, era dan lain-lain. Ia berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna perwatakan atau karakter. Menurut Mansor et al. (2006) etos beasal daripada perkataan etika, sikap, keperibadian, watak, karakter serta keyakinan atas sesuatu perkara.

    Menurut Tun Mahathir etos Nasional Bangsa Malaysia ialah perkongsian sejarah, perkongsian niai, perasaan ketika bersama, perkongsian masa depan, kesetiaan, komitmen dan keterikan emosi negara.

-Proses Penyatupaduan Yang Diusahakan

    Etnik bermaksud ialah sesuatu yang berkenaan bangsa manusia. Kompenan dalam IPNas ialah konstruk Tahap Keetnikan : mempunyai 3 kmpenan iaitu keetnikan kemodenan dan kestabilan. Seterusnya, konstruk Batas Etnik : mempunyai 4 kompenan iaitu material, status, tuntutan sosial dan tindakan gantian. Selain itu, konstruk Hubungan Sosial Rentas Etnik : mempunyai 3 kompenan iaitu hubungan etnik antara individu, hubungan etnik dalam komuniti dan tahap keaktifan penyertaan dalam institusi.

    Alat penyatupaduan  ialah satu formula dan usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar, perundingan dan mediasi.

    

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

    







    Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun tetapi masih gagal dalam menjayakan proses pembentukan bangsa negara. Bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang harmoni dan damai. Keamanan negara bangsa perlu dikawal supaya peristiwa seperti 13 Mei 1969 tidak berulang.  
  
  Konsep Negara Bangsa ditemukan pada tahun 1991 oleh Tun Mahathir Muhammad. Negara adalah kumpulan masyarakat mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedulatan politik dan juga jentera pemerintahan. Bangsa pula adalah suatu kumpulan mmanusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti, fahaman, agama dan bahasa sendiri. Negara Bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa dengan satu identiti sendiri.

    Pembinaan identiti negara bangsa merupakan sudut sisi yang penting dalam memahami negara bangsa yang beridentitikan Malaysia. Wajar bagi setiap warganegara untuk memahami dan mengenali negara bangsa yang beridentitikan Malaysia. Peradaban beridentitikan Malaysia mestilah yang kukuh sebagai seorang masyarakat Malaysia yang bertunjangkan budaya, imej, bahasa, dan agama sebagai landasan utama dalam menjalani kehidupan.

    Ciri pembentukan negara berdasarkan konsep negara, mempunyai kedaulatan dan pentadbiran. Mempunyai sistem pemerintahan. Di Malaysia Menggunakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Mempunyai undang-undang dan penduduk tetap.

     Kedaulatan bermaksud bebas daripada penjajahan, mempunyai kerajaan yang mampu mentadbir negara. Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar dan mempunyai identiti sendiri seperti Jalur Gemilang bendera kebangsaan Malaysia, Bunga Raya bunga kebangsaan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    Kerajaan merupakan sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran negara. Kerajaan menggubal, mentafsir dan melaksanakan sesuatu dasar demi pembangunan dan kebajikan masyarakat. 

    Peranan Kerajaan adalah menentukan arah tadbir urus negara. Laksanakan berdasarkan prinsip tadbir urus negara demi keamanan dan kesejahteran warga negara. Seterusnya, menyediakan kemudahan ekonomi. Adanya kemudahan infrastruktur, peraturan, dan aturan yang penting untuk pembangunan. Menyediakan rangka kerja ekonomi untuk membantu sistem ekonomi beroperasi. Selain itu, menyediakan pelbagai perkhidmatan. Perkhidmatan ini disediakan untuk rakyat dann tidak semua kemudahan yang disediakan adalah 100% daripada kerajaan, terdapat sektor swasta. Di samping itu, memastikan keamana dan ketenteraman. Kerajaan berperanan memastikan situasi negara terkawal dan stabil dari segi politik, sosial dan ekonomi.

    Pembentukan negara berdasrkan konsep negara perlu mempunyai penduduk yang tetap, Malaysia mempunyai penduduk tetap yang pelbagai kaum seperti India, Cina dan Melayu. Selain itu, sistem pendidikan dilaksanakan menggunakan satu kurikulum dan satu penilaian peperiksaan. Memperkasarkan Sekolah Kebangsaan agar menjadi teras dasar perlaksanaan negara bagi merealisasikan matlamat dalam memupuk perpaduan.

    Seterusnya berdasarkan konsep bangsa, tempat asal lahirnya seseorang individu. Membentuk satu kumpulan besar manusia, biasanya punyai hubungan darah atau keturunan. Bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan. Antara ciri-ciri bangsa adalah semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada satu ideologi politik. Selain itu, kehidupan masyarakat dalam negara adalah bersatu padu tanpa berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara kaum dengan kaum lain. Negara bangsa juga berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh.

    Rakyat sesebuah negara bangsa perlu melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerap semangat patriotisme. Contohnya, perhimpunan bulanan, sambutan bulan kemerdekaan, kibaran jalur gemilang, sambutan detik ambang kemerdekaan dan sebagainya.
    Dari segi politik, penubuhan parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan semangat permuafakatan kaum. Parti perikatan ialah sebuah parti politik, dimulakan oleh orang Melayu dibawah presiden UMNO. Ia bertujuan untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah Inggeris. Dengan itu Malaysia berjaya memperoleh kemerdekaan dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi dan permuafakatan politik kekal dan menjadi teras permuafakatan.
    Negara diikat dengan falsafah pembangunan ekonomi yang adil diantara kaum, miskin, dan kaya, kawasan desa dan bandar. Kerajaan menjamin kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi di malaysia, isu perkauman dan agama dalam bentuk pentadbiran negara dapat diurus dengan baik. Matlamat akhir adalah untuk memastikan masalah sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat dapat diurus dalam proses kerangka negara dan bangsa.
    Konsep bangsa idaman bukan suatu konsep baharu, pada tahun 1966 Rotberg, seorang sarjana Amerika memperkenalkan konsep nations-of-intent ketika mengkaji nasionalisme orang Afrika. Konsep yang sama juga digunakan oleh Rustam A. Sani pada tahun 1957 mengkaji asal usul gerakan Kir Melayu. Malaysia bukan sahaja masih mencari "bangsa idaman" yang ideal, malah perpaduan yang jelas masih menjadi suatu impian. Menurut Shamsu, identiti berkumpulan atau 'collective idenity' adalah bersesuaian dengan suasana kemajmukan masyarakat Malaysia.
    Sebelum merdeka wujud satu pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan. Gerakan tersebut membawa maksud sifat dan wajah bangsa Malaysia sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial, dan budaya. Contohnya kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu, yang pertama 'Melayu Raya' anjuran kelompok strategik kiri Melayu. Seterusnya, kelomok kedua, 'negara islam' anjuran kelompok strategik berorintasi Islam. Sleain itu, ketiga 'masyarakat majmuk pimpinan Melayu  (Malay-led plural society nation) iaitu kelompok strategik tiga rangkai etnik diterima pihak British. Pemerintah British memilih, menyokong dan mempromosikan jalur ketiga melalui jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada 1949.
    Selepas merdeka wujudnya keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau 'identiti nasional sepunya'. Konsep 'Malaysian Malaysia' anjuran kelompok strategik daripada Singapura (awal 1960an) dan Malaysia (akhir 1990an). Beberapa idea wujudkan "bangsa idaman" terhasil melalui pemimpin negara. Contohnya, Bangsa Malaysia, Wawasan 2020 cetusan idea Tun Mahathir Muhammad, Gagasan 1 Malaysia cetusan idea Dato' Seri Najib Tun Razak dan di Borneo konsep Sabah for Sarawak dan konsep Sarawak for Sabah.

PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

    Perlembagaan merupakan satu konsep yang amat penting dalam sebuah kerajaan pada hari ini. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Ia bertujuan untuk menjamin keutuhan dan kedaulatan negara, menjadi garis panduan pembentukan undang-undang. Selain itu, mewujudkan kestabilan negara dan menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.
    Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu. Kemudian nama itu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan  Malaysia selepas pembentukan Malaysia. British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan pemerintahan baharu iaitu Malayan Union. Pemerintahan tersebut mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. Daripada pemerintahan ini, British memperkenalkan pentadbiran baru iaitu Perjanjian Persekutuan.
    Kerajaan Pusat terdiri daripada Persuruhjaya Tinggi British, Majlis Mesyuarat dan Majlis Perundangan. Majlis Perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan tidak rasmi yang dilantik oleh Persuruhjaya Tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini lahir satu perlembagaan baharu yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasa sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan. Pindaan yang dibuat ialah Akta Malaysia. Perkara (1) dan (2) - kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.
    Konsep Perlembagaan Malaysia, Parlimen merupakan mereka yang memperoleh kuasa dari perlembagaan. Perlembagaan akan menentukan perkara bersama yang membolehkan parlimen atau Dewan Undangan Negeri buat unang-undang mengnainya.Kedudukan YDPA adalah sebagai ketua negara, lambang taat setia, lambang negara, ketua parlimen dan ketua pemerintah. Kuasa perundangan dijalankan oleh berbagai badan perundagan. Seterusnya Kebebasan Asas merupakan eleman penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

TIANG SERI
    Terdapat empat paksi utama atau 'tiang seri' yang membentuk Perlembagaan Perekutuan iaitu Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak dan kedudukan Istimewa Orang Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan juga Bahasa Melayu Sebagai rasmi.

    Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana perlbagai pihak atau kelompok masyarakat (termasuk kelompok etnik, agama, parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya) yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan harmoni. Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro, petengahan dan mikro.
    Hampir semua masyarakat dunia Perlembagaan, sama ada Perlembagaan bertulis ataupun tidak sebagai wahana untuk mengurus dan menghyati kemajmukan etika dan peradaban.
    Bagi Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Sifat Perlembagaan Persekutuan secara simboliknya adalah sebagai 'kontrak sosial' kerana terkandung di dalamnya pelbagai peruntukan yang memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia. Walaupun begitu, Perlembagaan sering ditafsir oleh pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masing sehingga mendatangkan cabaran, bahkan juga perbezaan dan percanggahan. Namun begitu, walaupun sentiasa 'bertikam lidah' dan setelah lebih 60 tahun Perlembagaan itu wujud, masyarakat Malaysia kekal dengan aman dan makmur.

Platform Integrasi
    Platform integrasi Makro adalah Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke dn Tun V T Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan.
    Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berpelembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
    Selain itu, memperkasa sekolah kebangsaan. Antaranya tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan melatih lebih ramai guru bagi mengajar bahasa ibunda pelajar Cina dan Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan. Ini telah dilakukan dengan kerajaan memperkenalkan pengajaran Bahasa Mandrin dan Tamil. Ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan interaksi antara etnik. selain itu, dapat mengadakan lebih banyak aktiviti antara etnik.
    Seterusnya sekolah wawasan, ia merupakan satu konsep sekolah rendah yang boeh mewujudkan persekitaran yang memberi peluang secara langsung kepada murid-murid dan pelbagai kaum bergaul dan berinteraksi dengan lebih bebas.
    Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan olh kabinet pada tahun 1997 adalah gabungan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis (SRJK) Cina dan Tamil dalam satu kawasan yang sama. Para pelajar berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi antara satu sama lain. Penempatan ketiga-tiga aliran ini di dalam satu kawasan yang sama merupakan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi dn aismilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semulajadi.
 Kelab Perpaduan / Rukun Negara

   Pihak sekolah dan IPTA perlu menggalakkan penyertaan Kelab Perpaduan ataupun Kelab Rukun Negara. Saranan diwujudkan Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara di IPTA merupakan satu langkah yang amat baik kerana saranan ini merupakan usaha bagi menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum. Justeru, Unit Hal Ehwal Peajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sewajarnya menggalakkan mahasiswa menganggotai Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara serta Sekretariat Rukun Negara dengan memberi beberapa keistimewaan seperti pengecualian kredit dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan baik dari segi material mahupun khidmat nasihat.
    Selain itu, Aktiviti ko-kurikulum seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi, haruslah dipergiat dan dipertingkatkan lagi di kalang mahasiswa pelbagai kaum. Melalui aktiviti ini, mahasiswa akan dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia. 
    Manakala aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum. Oleh itu, galakkan kepada aktiviti seperti ini perlu diberikan dengan kerjasama rapat pihak kerajaan dan sektor swasta. Para pelajar perlu ditugaskan dalam projek-projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat, mahsiswa balik kampung dan sebagainya.

    Skim rukun tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejaheteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini terdapat lebih daripada 8100 Kelab Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
    Peranan Rukun Tetangga adalah membina komuniti dengan menggalakkan penyertaan dan tanggungjawab kepada Rukun Tetangga masing-masing dalam membangunkan komuniti. Selain itu, Menjadi jambatan antara pemimpin dan juga orang ramai di mana rukun Tetangga menjadi platform kepada kedua-dua belah pihak melalui aktiviti sosial. Seterusnya meningkatkan keupayaan komuniti untuk menggahadapi cabaran perubahan sosial, corak kehidupan dan sistem kekeluargaan.

    Meso adalah peranan NGO social, keselamatan dan pendidikan dan keagamaan.(Mingst 2004) menakrifkan NGO secara umumnya adalah swasta, pertubuhan sukarela, ahli-ahli adalah individu atau peratuan yang datang bersama-sama untu mencapai tujuan yang sama. NGO mempunyai entiti yang pelbagai terdiri daripada organisasi sepenuhnya tempatan atau organisasi akar umbi yang ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan merentasi dunia. NGO merupakan "sektor ketiga" mewakili masyarakat sivil dan beroperasi dalam persekitaran yang semakin berdaya saing pada hari ini.
    Terdapat empat ciri utama badan bukan kerajaan (NGO) iaitu bersifat sukarela, bukan kepartian, tidak bermatlamatkan keuntungan dan tidak menjalankan aktiviti jenayah. Manakala (Goldie 1997) menyatakan tujuh ciri NGO untuk membezakan dengan pertubuhan lain. Iaitu Berdaftar secara rasmi, Organisasi berasingan daripada kerajaan, berbeza daripada organisasi perniagaan, diuruskan secara persendirian, bersifat sukarela, bukan bermotifkan dakwah dan tidak terlibat dalam kempen pilihan raya.
    Peranan NGO terbahagi kepada tiga iaitu Aspek Social. Contohnya Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Majlis Belia Malaysia (MBM), Mercy Malaysia (MERCY), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan sebagainya. Selain itu, Aspek Keselamatan dan Hak Asasi seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan lain-lain. Seterusnya Aspek Pendidikan dan Keagamaan contohya Global Peace Foundation Malaysia, Teach For Malaysia, Sekolah Sinar Harapan, dan lain-lain. 
    Mikro ialah peranan Rakyat contohnya rumah terbuka. Rumah terbuka akan diadakan  oleh setiap rakyat Malaysia apabia tiba musim perayaan. Setiap etnik di Malaysia akan sering kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Dalam ziarah ini, setiap etnik akan menitikberatkan ciri sensitiviti yang ada pada agama dan kaum tertentu. Bangsa Melayu Islam Perlu dihidangkan dengan hidangan yang halal lagi bersih. Kaum India pula tidak dihidangkan dengan menu yang terdapat daging  lembu. Ziarah kaum Tionghua pula perlu menepati tema tema warna merah bagi menimbulkan kemesraan dan keharmonian dalam komunikasi.

CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

   Perlembagaan merupakan satu konsep yang amat penting dalam sebuah kerajaan pada hari ini. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Ia bertujuan untuk menjamin keutuhan dan kedaulatan negara, menjadi garis panduan pembentukan undang-undang. Selain itu, mewujudkan kestabilan negara dan menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.
    Islam adalah agama Persekutuan. Mempunyai fasal imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama. Kesamarataan dan hak sama rata, pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya.Selain itu, batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewargangaraan dan seumpamanya. Kebebasan beragama iaitu bebas mengamalkan ajaran agama lain dalam mana-mana bahagian Persekutuan serta beberapa peruntukan pencegahan yang berkaitan. Seterusnya, peruntukan mengenai kewarganegaraan yang boleh diperoleh melalui beberapa cara serta peruntukan berkaitan perlucutkan kewrganegaraan. Kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu.
    Perlembagaan Bertulis ialah Perembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya contohnya Negara Malaysia. Manakala Perlembagaan Tidak Bertulis ialah semu prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Contohnya Negara United Kingdom dan New Zealand.